Saturday, October 10, 2009

Isu Ekonomi Islam

Perana zakat terhadap pembangunan diri dan sosio-ekonomi

Zakat yang diwjibkan dalam Islam merupakan satu sistem kehartaan dan ekonomi umat Islam yang berperanan untuk membangunkan diri manusia dan budaya mereka. Dengan itu, zakat yang terkumpul adalah salah satu sumber tetap perbendaharaan Islam (Baitulmal). Perkataan zakat sering diulang-ulang di dalam AL-Quran kerana harta dalam ganjaran Islam sentiasa berfungsi untuk faedah pembangunan masyarakat, sama ada ia menjadi modal atau menjadi sumber kebajikan. Harta dalam sistem Islam tidak boleh dibekukan dalam simpanan sahaja tanpa dikeluarkan zakatnya. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Supaya harta itu tidak hanya teredar antara orang-orang kaya sahaja"

Antara tujuan zakat diwajibkan dalam Islam adalah:

1. Mengurangkan ketidakseimbangan Ekonomi

2. Mengelakkan pembekuan harta kekayaan

3. Pengagihan dana zakat kepada yang dhaif

4. Zakat menggalakkan rakyat yang termiskin berusaha

5. Zakat sebagai insentif kepada golongan miskin

No comments: