Saturday, October 10, 2009

Isu pendidikan anak-anak

Kedua ibu bapa secara fitrah terkerah untuk mencintai anak-anak

Sebagaimana yang kita ketahui, anak-anak merupakan anugerah yang amat terlinai yang diberikan oleh Allah kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Kurniaan ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah, malahan ianya adalah satu amanah yang amat berat dari Allah kepada hambanya iaitu untuk mendidik, menjaga agar anak yang dibimbing itu melalui kehidupan yang sempurna berlandaskan apa yang disyariatkan dalam Islam.Ibu bapa seharusnya mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya.Jika kita lihat hari ini, anak-anak dianggap penghias dalam kehidupan rumahtangga dan meupakan pelengkap didalam mencari atau mencapai kebahagian kehidupan berumahtangga mereka.sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."

(surah al-Kahfi:46)

Dalam mendidik anak-anak pada masa sekrarang iaitu diera globalisasi ini, peranan yang serius perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam mengawasi anak-anak mereka.Biasanya anak-anak pada peringkat permulaan kelahirannya amat memerlukan perhatian,kasih sayang yang mencukupi dari ibu bapa. Namun begitu, ianya tidaklah terhenti disitu sahaja iaitu semasa mereka kecil sahaja bahkan kan perhatian yang lebih serius perlu dilakukan ketika mereka mula melangkah kealam remaja yang dapat kita gambarkan dengan pelbagai dugaaan yang perlu dilalui contohnya dari segi sosial,keruntuhan akhlak,pergaulan bebas dan lain-lain lagi yang jika tidak dikawal oleh ibu bapa ianya akan menyebabkan anak-anak mereka terpesong dari apa yang disyariatkan.


Kasih, sayang, cinta adalah satu pendekatan yang paling baik boleh ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya. cara ini adalah supaya anak-anak lebih terbimbing dengan akhlak yang baik dan terhalang daripada melakukan kemaksiatan. Pada kebiasaanya, anak-anak memerlukan lebih banyak perhatian daripada ibu bapa mereka terutamanya apabila berada dalam keadaan sedih, kecewa dan pelbagai masalah yang dihadapi. Bagi pandangan saya, ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang amat penting didalam mendidik anak-anak mereka.Ini kerana pada peringkat permulaan, tercoraknya keperibadian anak-anak adalah melalui tarbiah yang diberikan. sebagai contoh, jika didikan agama diutamakan pada peringkat awal lagi pada anak-anak oleh ibu bapa, nescaya hasil yang akan terbentuk pada usia remaja juga adalah berlandaskan agama atau dengan kata lain tidak lari dari apa yang disyariatkan.

No comments: