Saturday, October 10, 2009

Pelaburan dalam Islam

Ciri-ciri pelaburan dalam Islam


(i) Modal mesti disediakan oleh salah seorang atau kedua-dua orang dalam sesebuah perkongsian berdasarkan bentuk kontrak yang dimasuki.

(ii) Modal itu mesti diadakan dalam bentuk tunai dan sekiranya aset diterima sebagai modal perniagaan, maka ianya mestilah diberi nilaian berdasarkan nilai semasa dan tertakluk kepada penurunan nilai.

(iii) keuntungan tidak boleh ditetapkan dalam jumlah yang tertentu. Ianya mestilah dalam bentuk peratus atau bahagian.

(iv) Keuntungan ditakrifkan sebagai peningkatan kepada jumlah modal yang disediakan.

(v) Kerugian mesti ditanggung oleh kedua-dua pihak yang berkongsi dan cara perkongsian ini berbeza dari satu kontrak kepada kontrak yang lain.

(vi) Aktiviti pelaburan ini mestilah halal dan dibenarkan oleh syariah.

(vii) Setiap pihak mempunyai hak dan tanggungjawab yang mesti diperjelaskan dalam perjanjian untuk mengelak perselisihan.

(viii) Setiap pihak boleh membatalkan kontrak perkongsian, namun boleh disyaratkan cara pembatalan itu dan sekiranya ini telah dimasukkan dalam perjanjian, ia adalah mengikat kedua belah pihak.

No comments: