Saturday, October 3, 2009

Persoalan Agama (Pengkid)

Tanggungjawab Ummah Tangani Gejala Pengkid

Islam menyuruh umatnya mematuhi hukum dan perintah Allah SWT dan Rasul serta menjauhi perkara dilarang. Allah SWT telah menetapkan yang mana halal dan haram. Ini termasuk mengenai cara hidup seseorang. Keputusan Muzakarah Fatwa merujuk kepada larangan (pengharaman) asal Nabi Muhammad SAW terhadap lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam hadis yang bermaksud: "Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki." (Riwayat Bukhari)
Bahaya penyerupaan itu jika dibiarkan tanpa peringatan dan tindakan akan menyumbang kepada kecelaruan identiti, kerosakan akhlak dan kewujudan cinta intra-seksual pada tempat yang salah.

Prinsip pengubahan sesuatu kemungkaran mengikut ajaran Islam ialah sabda Rasulullah SAW yang dimaklumi semua umat Islam iaitu bermaksud: "Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangan (kuasa), tetapi jika tidak berkuasa mengubahnya dengan tangan, maka ubahlah dengan lidah (nasihat) , tetapi jika tidak mampu mengubahnya, maka ubahlah (benci) dengan hati. Maka yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." ( Muttafaq Alaih).

Begitulah pendekatan Islam dalam menangani kemungkaran. Pemantauan terhadap golongan pengkid itu perlu ditangani oleh seluruh anggota masyarakat. Mengambil berat dan menasihati mereka satu khidmat dakwah yang wajib bagi setiap Muslim. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Sampaikan mengenai diriku walaupun dengan satu ayat." (Riwayat at-Tirmizi).
Islam menyuruh umatnya mematuhi hukum dan perintah Allah SWT dan Rasul serta menjauhi perkara dilarang. Allah SWT menetapkan yang mana halal dan haram. Ini termasuk mengenai cara hidup seseorang. Keputusan Muzakarah Fatwa merujuk kepada larangan (pengharaman) asal Nabi Muhammad SAW terhadap lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam hadis yang bermaksud: "Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki." (Riwayat Bukhari)

No comments: