Saturday, October 10, 2009

matlamat ekonomi negara

Penyusunan struktur ekonomi negara seperti yang dibincangkan di atas meletak pada tempat kedudukan dan peranan sektor awam dan sektor swasta dalam perjalanan ekonomi negara. Keistimewaan yang diberi kepada sektor swasta dan disertai dengan kepekaan sektor awam kepada perjalanan ekonomi negara pasti membawa ekonomi negara kehadapan. pelaksanaan sistem ekonomi mengikut pendekatan Islam ini akan mengubah dan mempengaruhi suasana perjalanan kegiatan ekonomi negara. Beberapa hasil sudah pasti akan dicapai seperti berikut:

i) Percapaian kebajikan ekonomi dan keutuhan moral masyarakat

Pencapaian kebajikan ekonomi untuk ahli masyarakat adalah matlamat penting ajaran Islam. Ia hendaklah disertai dengan keutuhan moral masyarakat. kedua-dua sepatutnya bergerak secara bersepadu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Tidak ada kesalahan di dalam kekayaan kepada mereka yang mentaati Allah.

Oleh itu, dalam negara Islam, rakyat diberi kebebasan dan dituntut supaya berusaha dalam mencapai paras kecekapan yang tinggi dalam aktiviti ekonomi mereka. Pertumbuhan ekonomi yang pesat perlu diusahakan dalam kesemua sektor. Kemiskinan di kalangan umat mesti dihapuskan. Umat semestinya, berada dalam paras pencapaian ekonomi yang setinggi mungkin pada setiap masa. Sektor awam ialah untuk membantu usaha tersebut.

ii) Pencapaian keadilan sosial dalam masyarakat

Islam mengutamakan keadilan sosial terlaksana dalam masyarakat. kekuatan dan kemajuan sesuatu masyarakat bergantung besar pada terlaksananya matlamat ini.Sebagaimana firman Allah Taala bermaksud:


"Janganlah kamu kurangkan hak manusia dan janganlah kamu berbuat binasa di muka bumi ini"


iii) Kewujudan persaudaraan dan kerjasama di kalangan masyarakat


Dengan terlaksananya keadilan sosial, sistem ekonomi dalam negara Islam akan memudahkan keujudan suasana persaudaraan dan kerjasama di kalangan pihak pemerintah dan swasta,majikan dan buruh, pengeluar dan pengguna dan sebagainya. Di dalam sistem ekonomi Islam, konsep "kedaulatan pengguna" seperti yang disarankan oleh kapitalisme tidak wujud. Begitu juga halnya dngan konsep "kedaulatan pengeluar" dalam sistem Marxisme. Yang berdaulat adalah rukun-rukun Allah s.w.t sahaja.

No comments: