Saturday, October 3, 2009

Menggembirakan ibu bapa lebih baik daripada jihad?

Ada kisah di mana seorang anak muda yang ingin berjihad, tetapi akhirnya diperintahkan pulang ke rumah untuk menggembirakan kedua ibu bapanya yang kesepian.

"Hai orang muda, terangkan keadaan ibu bapamu tatkala engkau mahu keluar dari rumah tadi," kata baginda. Rasulullah s.a.w dapat melihat secara kasyaf, ada sesuatu yang tidak kena dengan anak muda remaja yang ghairahkan syahid itu.

"Hamba ingin syahid tapi, ibu bapaku menahan pemergianku sejak tadi dengan teresak-esak sedangkan hambalah satu-satunya anak mereka," kata anak muda tersebut.

"Sekarang dengar baik-baik perkataanku wahai anak muda," kata baginda, "Atas perintah Rasulullah, kembalilah ke rumah dan gembirakan kedua ibu bapamu."

Anak muda tadi bingung. Jihad adalah kewajipan. Tapi, perintah khusus Rasulullah s.a.w itu juga wajib ditaati. Maka, beliau akhirnya menuruti perintah baginda. Tibanya beliau ke rumah, maka gembiralah hati kedua ibu bapanya.

Ada hadis lain menunjukkan bahawa baginda hampir-hampir ingin mewajibkan anak itu sujud kepada kaki orang tuanya. Tetapi, hal itu tidaklah diizinkan.

Bagaimanapun, kalam itu hanyalah sebagai suatu perlambangan bahawa betapa berbakti kepada orang tua amat mulia tingginya di sisi agama.

No comments: