Monday, August 1, 2016

Persembahan sempena sambutan Hari Raya sk. Kinasaraban 2016

video
 Bergegar suara...teringat famly dikg...disaat ini diuji Allah sakit dihospital..

Friday, April 15, 2016

Wednesday, April 8, 2015

Hijrah Cinta

Ontway fly ke Sabah

Alhamdulillah,...syukurku kepadaNya..setelah lama aku mencari, haluan hidup sering diuji Ilahi,. berkat doa orang disisi.. alhamdulillah, aku kini disini, hijrahku dibumi sabah. ku tempuhi sendiri walaupun payah, kini aku jauh dr kg halaman.,, jauh ku tinggal ayah ibu, adik beradikku.. merantauku disini.

Doakan anakmu duhai ayah ibu, disini rezeki anakmu cari,.Disini aku sendiri, walau ramai kawan disisi,. namun kasih padamu.. mengingatkan aku, terasa rindunya di hati.


Hijrah Cinta Pengorbanan Suci...yaAllah,..berilahku peluang,..sebelum ia pergi atau aku sendiri yang pergi dahulu mengadapMu..aku ingin balas jasa pengorbananya...aku inginkan mereka bahagia, kerana mereka hanya satu di dunia...Mak & Ayah...kasihmu abadi.



Disini Dakwahku Bermula,.

 Sk Sarang, Kota Belud, Sabah, teringat hari pertama aku melapor diri disabah..pada 28.1.2015 hari pertama ku disekolah,. terasa asing bagiku bila berada di tempat baru,  sekolah di pedalaman, tiada lagi kenderaan, saat itu aku selalu menumpang. kebetulan disekolah itu ada seorang guru dari kelantan, Cikgu Norizan dari Rantau Panjang iaitu sama negeri denganku. aku terasa lega apabila ada juga kawan disekolah yang boleh aku minta tolong..kiranya ada geng jugakla disekolah. tidaklah terasa sunyi. Disaat mula2 aku disini, terpikir..yaAllah, mampukan aku harungi semua nie seoarng diri, memikirkan perbelanjaan hari2, makan minum yang tidak terurus nie. erm,, kadang2 terpikir,. rasa nak balik jer kg. tidak sanggup harungi..betapa lemahnya saat itu..


Namun begitu, dorongan dan semangat yang diberikan mak ayah, adik beradik yang selalu mendoakanku disini, perhatian orang yang teristimewa dalam hidupku yang berada tidak jauh dariku. berjiran daerah jer denganku...iaitu ehem3  di Tuaran,,selalu beriku semangat..syukur PadaNya...alhamdulillah,..semangat aku kembali, aku nekad dalam diri.. peluang begini tidak semua orang miliki. aku bersyukur sangat2 dapat jugak penuhi impian hati, harapan ayah ibu yang sangat aku kasihi. aku lelaki....aku mesti kuat, aku yakin,, AKU ORANG HEBAT...aku dipilihNya untuk jd seorang Ustaz.


Dalam tempoh 2 minggu jugakla aku menumpang kak Norizan kesekolah, maklumlah tiada kenderaan lagi saat itu..perjalanan aku ke sekolah, tidak lah jauh, 1jam jer dari rumah,..dekat betul kan,..hehe. Alhamdulillah,,tanggal 6.2.2015 aku telah mengambil moto baru...nie la...baru kan...motor hutang,.hehe

 Motorku LC135 (  SS 7638 V )



 Alhamdulillah, aku punyai keluarga yang saling mengasihi,. yang saling memahami..teruatamanya mak aku,..aku faham kehidupanku macam mana, tidak dapat ku bayangkan bagaimana seoarang ibu yang hanya menjual nasi di jalanan, dapat bagi aku duit belanja untuk berangkat ke sabah, beri aku duit yang besar jumlahnya untuk aku bayar deposit motor. Betapa besar pengorbanannya padaku...yaAllah,, aku takut sangat tidak mampu nak balas jasanya...berilah aku peluang...agar terukir diwajahnya  penuh senyuman melihat aku berjaya diperantauan.

Aku ingin berkahwin..kerana itu juga harapan keluargaku...melihat aku berkeluarga,.umurku kini genap 28 tahun, bilaku tengok kawan2 dikg yang sebaya denganku,,semua sudah berumahtangga, selalu jugala bila sembang dengan mak, mak selalu mengeluh,..ermmm bila la anak mak nie nak kawin,,..orang lain dah siap dukung anak lagi, kadang2 terasa tertekan jgak la,,,bukan aku x nak kawin,,cuma terpikir, mcam mana aku nak jaga anak orang, dari mana aku nak cari duit untuk majlis kawin.. ada ke perempuan nak kan aku yang x da kerja tetap nie,...

mak ada jugak bgtau aku disaat aku belajar lagi,,,belajar dulu mak pesan,...kalau nak kawin pun,, paling lewat pun,,,umurku 27 tahun ok la,,..boleh dikira matang sudah saat tu...hehe,,,sebab dirumah, mak sangat memahami aku,, aku nie boleh dikatakan anak yang paling nakal la...pernah mak bgtau adik beradik yang lain,,kalau xda aku dirumah,,,sunyi rumah tu,,..kira bising jgak la aku,,,kadang2 perangai kebudakanku masih ada,,hehe,,...tanpa disedar,,,berlalu sudah umur yang mak harapkan itu,,,tp aku tetap begini,.. tetap seorang diri....teringat lirik lagu dikir...


Sedihnya kurasa....
duduk sore diri....
umur sudah tua xdok teme lagi,,
puah aku cuba suruh sain cari
walau xdok rupo asal baik hati.....

Ku tunggu jodohMU..

Aku seperti orang lain,,ada keinginan kearah tu,,tipula kalau xda hasrat nak ada pasangan sehidup semati, ada orang jaga pakai minum, ada orang ambil peduli. seseorang yang boleh ambil tugas mak,, kesian mak,,penat sudah membesarkanku. disaat itu,,aku tidak putus berdoa, sujud meminta..moga dipermudahkan segala,dipermudahkan untuk bekerja, dipermudahkan jodohku jua. solat istiqarah minta petunjuk.alhamdllah, dipendekkan cerita, aku temuinya.....tidak ku sangka aku temui lagi dia

aku kenal mukanya, aku tahu dia denganku belajar disekolah Menengah yang sama, aku selalu jugalah jumpa dia, aku pernah tertoleh kearahnya, aku pernah terpegun caranya, mataku pernah sejuk bila memandangnya, TP aku xkenal namanya, aku x pernah tegurnya.

dalam tempoh yang terlalu singkat, tidak dapat ku lupa, dari mana datangnya keberanian tu,,aku dipelawa kerumahnya, berjumpa mak ayahnya, semalaman jgak aku terpikir, nak pergi ke xnak nie, kalau pergi apa kata orang, kalau x pergi apa kata dia,,memang xlena tido jgak la malam tu,..hehe,,Alhamdulillah.. kini perancangan hidupku dengannya,..moga dipermudahkan segala...Aaminn

Angin bertiup sampaikan rinduku,..

walaupun baru 3 bulan aku disabah,,terasa bertahun sudah disini,..lama sudah aku x pulang kg,..mcam mana keadaan disana, mak ayah betul2 sihat ke, adik beradik semua sihat ke, anak buah ku besar sudah ke dia,  sebelum nie hanya suara jer yang aku dengar melalui hpone..xsabarnya nak balik kg...hehe



                                                   sambungan cerita!!!!!!

Tuesday, April 7, 2015

sekolahku....disini dakwahku bermula,...SEK. KEB. SARANG KOTA BELUD, SABAH.:-)

 
  


 " Ruangan Pejabat & Bilik Guru "



" Halaman Sekolah & Bangunan Bilik Darjah "