Saturday, October 10, 2009

Penyusunan Ekonomi Menurut Sistem Ekonomi Islam

Menyedari kelemahan dan kurang kemampuan sistem ekonomi semasa dalam menjamin pencapaian kesejahteraan kehidupan ekonomi yang meluas dan menyeluruh kepada semua masyarakat suatu cara penyusunan ekonomi mengikut sistem yang lebih sempurna perlu dilaksanakan. Kepada masyarakat Islam, sistem tersebut merupakan sistem ekonomi Islam yang pada dasarnya perlu dibina berdasarkan kepada asas dan prinsip syariah Islam.

Untuk memudahkan kefahaman dan perbandingan penjelasan tentang sifat dan ciri-ciri sistem ekonomi Islam dapat diberikan berdasarkan sifat dan ciri-ciri yang sama yang digunakan untuk menjelaskan lain-lain sistem ekonomi. Perbezaanya adalah diasaskan kepada kefahaman Islam berdasarkan kepada prinsip umum Islam. Diantara ciri-ciri sistem ekonomi Islam bolehlah diringkaskan kepada berikut:

1. Asas falsafah tentang kewujudan dan kehidupan ekonomi manusia serta motivasi atau insentif kegiatan ekonomi individu.

2. Pemilikan sumber-sumber ekonomi

3. Cara dan proses dimana pilihan dan keputusan asas ekonomi dilaksanakan dan kepentingan serta peranan kerajaan dalam kehidupan ekonomi.

4. Saluran penyebaran maklumat untuk membantu dan membolehkan keputusan-keputusan ekonomi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

No comments: