Sunday, August 11, 2013

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR &BATIN


                                         

Sunday, August 4, 2013

InsyALLAH....Ada JalanNya..



Alhamdulillah,...syukur sangat kepada Allah s.w.t...diatas segala nikmat yg dianugerahkan..dipermudahkan segala urusanku sepanjang aku menjalani kursus KPLI j-QAF di sabah..sedar2 dah genap 1 tahun setengah aku disana...banyak pengalaman yang aku perolehi sama ada ianya kenangan manis atau pahit yang terpaksa aku tempuhi...hidup di negeri org, biasala kan....pandai2la jaga diri..

semasa di maktab keningau...banyak pengalaman yang baru aku perolehi...yang dulu ku akui...sifat pemalu susah nak dibendung...berdepan jer dgan prmpuan...mula la menggelabah..serba tak kena la boleh dikatakan....namun sekrang alhamdllah....melalui peluang yang diberi ini...bergelar guru pelatih j-QAF, aku mula dibiasakan diri dengan situasi yang tidak pernah ku buat...

Dulunya tidak pernah ku bayangkan akan menjadi ketua/penghulu dalam suatu kelompok yang besar ..tidak pernah ku bayangkan dapat ku duduk dihadapan org awam/pelajar2 memberi kuliah....menjadi imam solat... terasa begitu besar perubahan aku alami bila mula bergelar guru j-qaf nie.....

Kini ku dikampung....................................

Setelah sekian lama di sabah...menghabiskan kursus perguruan J-QAF....bertarikh 16 Jun 2013 aku terbang pulang ke kg....dari situ bermulalah kehidupan sementara yang baru bagiku sebelum ku dipostingkan untuk mengajar dan betul2 bergelar sebagai GURU..........Alhamdllah...Allah permudahkan urusanku...aku mula mengajar sebagai guru ganti di sekolah yang dekat jer dgan rumahku...erm...dah nak raya nie kan....mo0d Happy dan risau mula terasa....InsyALLAH dalam hari raya nie..bermula 14 ogos sehingga 30 ogos...aku akan tempuhi temuduga SPP.....semoga Allah permudahkan urusanku...amin ya Rabbal alamin...

Sunday, March 17, 2013

Nasyid MTQ 16.3.2013 Di SK Bahang

                                      

Saturday, March 9, 2013

Hasil Ciptaanku......:-)


Nasyid MTQ 2013

al-quran penjana wasotiyyah Ummah

CONTOH TAULADAN JADI IKUTAN
KESEDERHANAAN DALAM KEHIDUPAN
SAAT DUNIA KITA KEJARKAN
AKHIRAT JUA PERLU SEIMBANG
                                                         
AMALKANLAH  WASOTIYYAH
SEDERHANA PENUH HIKMAH
MEMUPUK SATU UKHWAH
MEMBINA SATU UMMAH
                                               
MARILAH BERSAMA JADIKAN AL-QURAN
SEBAGAI BUDAYA ACUAN KEHIDUPAN
SUNNAH JUNJUNGAN JADI IKUTAN
DALAM MENEGAKKAKN SYIAR ISLAM
                                                         
AL-QURAN….. PENJANA ……. 2X
WASOTIYYAH UMMAH………



CAHAYA IMAN

PERCAYAI RUKUN IMAN
YAKINI ADA ALLAH
MEMBINA DAN MEMBINASA
SEMUA KUASA ALLAH
“  YAKINI BERIMANLAH.
                                               
KENALI PARA MALAIKAT
DICIPTA DARI CAHAYA
DISISI ALLAH TINGGI DARJAT
SEPULUH ORANG NAMANYA.
“  YAKINI BERIMANLAH “ 
                                               
HAYATI AMAL DIBACA
BERPEGANG PADA KITABNYA
PANDUAN HIDUP YANG NYATA
AL-QURAN KALAMULLAH.
“ YAKINI BERIMANLAH “
                                               
CAHAYAMU  MENERANGI
SUNNAHMU JADI IKUTAN
AKHLAKMU MENJADI CERMINAN
CONTOHILAH  RASULULLAH
“ YAKINI BERIMANLAH “
                                               
DI HITUNG SEGALA AMALAN
BAIK BURUK DILAKUKAN
SAMPAI WAKTU KITA TINGGALKAN
KIAMAT PASTI DATANG
“ YAKINI BERIMANLAH
                                               
HIDUP MATI KETENTUAN
SUSAH SENANG KEHIDUPAN
YAKINI ADA HIKMAHNYA
QODA’ DAN QADARNYA
“ YAKINI BERIMANLAH “
                                               



Sunday, February 17, 2013

Praktikum j-QAF2013






Tanggal 21 januari 2013,...bermulalah minggu praktikum ku sebagai guru pelatih Jqaf ambilan januari 2012...perjalanan yang perlu ku lalui selama 12 minggu ...akan berakhir pada 19 april...mudahan berjalan dengan lancar,..moga dipermudahkan segalanya...aminnn



Doa Mak Dan Ayah...beriku kejayaan...insyALLAH

Sunday, December 2, 2012

Kelebihan Zikir Kepada Allah S.W.T




Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”  Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26.


“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”    Surah 7: Al A’raf,  Ayat 205.


“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191.


“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.”   Surah 20 Ta Ha Ayat 14.


“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21.


Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: 

Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: 

Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:
“Dari mana kamu datang?”
Malaikat menjawab:
“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.  Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”
Allah s.w.t berfirman:
“Apakah yang mereka pohonkan.?”
Para Malaikat menjawab:
“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”
Allah berfirman:
“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”
Para Malaikat menjawab:
“Belum, wahai Tuhan.”
Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”
Malaikat berkata lagi:
“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”
Allah berfirman:
“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”
Malaikat menjawab:
“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”
Allah berfirman:
“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”
Malaikat menjawab:
“Belum.”
Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”
Malaikat terus berkata:
“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”
Allah berfirman:
“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”
Malaikat berkata lagi:
“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”
Allah berfirman:
“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”

      

Wednesday, November 28, 2012

Jom Belajar BAHASO KELATE


Tepak kawe lahir....kawe ore kelate,
1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggan org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat masam
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengoti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising