Bergegar suara...teringat famly dikg...disaat ini diuji Allah sakit dihospital..
Monday, August 1, 2016
Sunday, July 31, 2016
Friday, April 15, 2016
Wednesday, April 8, 2015
Hijrah Cinta
Ontway fly ke Sabah
Alhamdulillah,...syukurku kepadaNya..setelah lama aku mencari, haluan hidup sering diuji Ilahi,. berkat doa orang disisi.. alhamdulillah, aku kini disini, hijrahku dibumi sabah. ku tempuhi sendiri walaupun payah, kini aku jauh dr kg halaman.,, jauh ku tinggal ayah ibu, adik beradikku.. merantauku disini.
Doakan anakmu duhai ayah ibu, disini rezeki anakmu cari,.Disini aku sendiri, walau ramai kawan disisi,. namun kasih padamu.. mengingatkan aku, terasa rindunya di hati.
Hijrah Cinta Pengorbanan Suci...yaAllah,..berilahku peluang,..sebelum ia pergi atau aku sendiri yang pergi dahulu mengadapMu..aku ingin balas jasa pengorbananya...aku inginkan mereka bahagia, kerana mereka hanya satu di dunia...Mak & Ayah...kasihmu abadi.
Disini Dakwahku Bermula,.
Sk Sarang, Kota Belud, Sabah, teringat hari pertama aku melapor diri disabah..pada 28.1.2015 hari pertama ku disekolah,. terasa asing bagiku bila berada di tempat baru, sekolah di pedalaman, tiada lagi kenderaan, saat itu aku selalu menumpang. kebetulan disekolah itu ada seorang guru dari kelantan, Cikgu Norizan dari Rantau Panjang iaitu sama negeri denganku. aku terasa lega apabila ada juga kawan disekolah yang boleh aku minta tolong..kiranya ada geng jugakla disekolah. tidaklah terasa sunyi. Disaat mula2 aku disini, terpikir..yaAllah, mampukan aku harungi semua nie seoarng diri, memikirkan perbelanjaan hari2, makan minum yang tidak terurus nie. erm,, kadang2 terpikir,. rasa nak balik jer kg. tidak sanggup harungi..betapa lemahnya saat itu..
Namun begitu, dorongan dan semangat yang diberikan mak ayah, adik beradik yang selalu mendoakanku disini, perhatian orang yang teristimewa dalam hidupku yang berada tidak jauh dariku. berjiran daerah jer denganku...iaitu ehem3 di Tuaran,,selalu beriku semangat..syukur PadaNya...alhamdulillah,..semangat aku kembali, aku nekad dalam diri.. peluang begini tidak semua orang miliki. aku bersyukur sangat2 dapat jugak penuhi impian hati, harapan ayah ibu yang sangat aku kasihi. aku lelaki....aku mesti kuat, aku yakin,, AKU ORANG HEBAT...aku dipilihNya untuk jd seorang Ustaz.
Dalam tempoh 2 minggu jugakla aku menumpang kak Norizan kesekolah, maklumlah tiada kenderaan lagi saat itu..perjalanan aku ke sekolah, tidak lah jauh, 1jam jer dari rumah,..dekat betul kan,..hehe. Alhamdulillah,,tanggal 6.2.2015 aku telah mengambil moto baru...nie la...baru kan...motor hutang,.hehe
Alhamdulillah, aku punyai keluarga yang saling mengasihi,. yang saling memahami..teruatamanya mak aku,..aku faham kehidupanku macam mana, tidak dapat ku bayangkan bagaimana seoarang ibu yang hanya menjual nasi di jalanan, dapat bagi aku duit belanja untuk berangkat ke sabah, beri aku duit yang besar jumlahnya untuk aku bayar deposit motor. Betapa besar pengorbanannya padaku...yaAllah,, aku takut sangat tidak mampu nak balas jasanya...berilah aku peluang...agar terukir diwajahnya penuh senyuman melihat aku berjaya diperantauan.
Aku ingin berkahwin..kerana itu juga harapan keluargaku...melihat aku berkeluarga,.umurku kini genap 28 tahun, bilaku tengok kawan2 dikg yang sebaya denganku,,semua sudah berumahtangga, selalu jugala bila sembang dengan mak, mak selalu mengeluh,..ermmm bila la anak mak nie nak kawin,,..orang lain dah siap dukung anak lagi, kadang2 terasa tertekan jgak la,,,bukan aku x nak kawin,,cuma terpikir, mcam mana aku nak jaga anak orang, dari mana aku nak cari duit untuk majlis kawin.. ada ke perempuan nak kan aku yang x da kerja tetap nie,...
mak ada jugak bgtau aku disaat aku belajar lagi,,,belajar dulu mak pesan,...kalau nak kawin pun,, paling lewat pun,,,umurku 27 tahun ok la,,..boleh dikira matang sudah saat tu...hehe,,,sebab dirumah, mak sangat memahami aku,, aku nie boleh dikatakan anak yang paling nakal la...pernah mak bgtau adik beradik yang lain,,kalau xda aku dirumah,,,sunyi rumah tu,,..kira bising jgak la aku,,,kadang2 perangai kebudakanku masih ada,,hehe,,...tanpa disedar,,,berlalu sudah umur yang mak harapkan itu,,,tp aku tetap begini,.. tetap seorang diri....teringat lirik lagu dikir...
Ku tunggu jodohMU..
Aku seperti orang lain,,ada keinginan kearah tu,,tipula kalau xda hasrat nak ada pasangan sehidup semati, ada orang jaga pakai minum, ada orang ambil peduli. seseorang yang boleh ambil tugas mak,, kesian mak,,penat sudah membesarkanku. disaat itu,,aku tidak putus berdoa, sujud meminta..moga dipermudahkan segala,dipermudahkan untuk bekerja, dipermudahkan jodohku jua. solat istiqarah minta petunjuk.alhamdllah, dipendekkan cerita, aku temuinya.....tidak ku sangka aku temui lagi dia
aku kenal mukanya, aku tahu dia denganku belajar disekolah Menengah yang sama, aku selalu jugalah jumpa dia, aku pernah tertoleh kearahnya, aku pernah terpegun caranya, mataku pernah sejuk bila memandangnya, TP aku xkenal namanya, aku x pernah tegurnya.
dalam tempoh yang terlalu singkat, tidak dapat ku lupa, dari mana datangnya keberanian tu,,aku dipelawa kerumahnya, berjumpa mak ayahnya, semalaman jgak aku terpikir, nak pergi ke xnak nie, kalau pergi apa kata orang, kalau x pergi apa kata dia,,memang xlena tido jgak la malam tu,..hehe,,Alhamdulillah.. kini perancangan hidupku dengannya,..moga dipermudahkan segala...Aaminn
Angin bertiup sampaikan rinduku,..
walaupun baru 3 bulan aku disabah,,terasa bertahun sudah disini,..lama sudah aku x pulang kg,..mcam mana keadaan disana, mak ayah betul2 sihat ke, adik beradik semua sihat ke, anak buah ku besar sudah ke dia, sebelum nie hanya suara jer yang aku dengar melalui hpone..xsabarnya nak balik kg...hehe
sambungan cerita!!!!!!
Alhamdulillah,...syukurku kepadaNya..setelah lama aku mencari, haluan hidup sering diuji Ilahi,. berkat doa orang disisi.. alhamdulillah, aku kini disini, hijrahku dibumi sabah. ku tempuhi sendiri walaupun payah, kini aku jauh dr kg halaman.,, jauh ku tinggal ayah ibu, adik beradikku.. merantauku disini.
Doakan anakmu duhai ayah ibu, disini rezeki anakmu cari,.Disini aku sendiri, walau ramai kawan disisi,. namun kasih padamu.. mengingatkan aku, terasa rindunya di hati.
Hijrah Cinta Pengorbanan Suci...yaAllah,..berilahku peluang,..sebelum ia pergi atau aku sendiri yang pergi dahulu mengadapMu..aku ingin balas jasa pengorbananya...aku inginkan mereka bahagia, kerana mereka hanya satu di dunia...Mak & Ayah...kasihmu abadi.
Disini Dakwahku Bermula,.
Sk Sarang, Kota Belud, Sabah, teringat hari pertama aku melapor diri disabah..pada 28.1.2015 hari pertama ku disekolah,. terasa asing bagiku bila berada di tempat baru, sekolah di pedalaman, tiada lagi kenderaan, saat itu aku selalu menumpang. kebetulan disekolah itu ada seorang guru dari kelantan, Cikgu Norizan dari Rantau Panjang iaitu sama negeri denganku. aku terasa lega apabila ada juga kawan disekolah yang boleh aku minta tolong..kiranya ada geng jugakla disekolah. tidaklah terasa sunyi. Disaat mula2 aku disini, terpikir..yaAllah, mampukan aku harungi semua nie seoarng diri, memikirkan perbelanjaan hari2, makan minum yang tidak terurus nie. erm,, kadang2 terpikir,. rasa nak balik jer kg. tidak sanggup harungi..betapa lemahnya saat itu..
Namun begitu, dorongan dan semangat yang diberikan mak ayah, adik beradik yang selalu mendoakanku disini, perhatian orang yang teristimewa dalam hidupku yang berada tidak jauh dariku. berjiran daerah jer denganku...iaitu ehem3 di Tuaran,,selalu beriku semangat..syukur PadaNya...alhamdulillah,..semangat aku kembali, aku nekad dalam diri.. peluang begini tidak semua orang miliki. aku bersyukur sangat2 dapat jugak penuhi impian hati, harapan ayah ibu yang sangat aku kasihi. aku lelaki....aku mesti kuat, aku yakin,, AKU ORANG HEBAT...aku dipilihNya untuk jd seorang Ustaz.
Dalam tempoh 2 minggu jugakla aku menumpang kak Norizan kesekolah, maklumlah tiada kenderaan lagi saat itu..perjalanan aku ke sekolah, tidak lah jauh, 1jam jer dari rumah,..dekat betul kan,..hehe. Alhamdulillah,,tanggal 6.2.2015 aku telah mengambil moto baru...nie la...baru kan...motor hutang,.hehe
Aku ingin berkahwin..kerana itu juga harapan keluargaku...melihat aku berkeluarga,.umurku kini genap 28 tahun, bilaku tengok kawan2 dikg yang sebaya denganku,,semua sudah berumahtangga, selalu jugala bila sembang dengan mak, mak selalu mengeluh,..ermmm bila la anak mak nie nak kawin,,..orang lain dah siap dukung anak lagi, kadang2 terasa tertekan jgak la,,,bukan aku x nak kawin,,cuma terpikir, mcam mana aku nak jaga anak orang, dari mana aku nak cari duit untuk majlis kawin.. ada ke perempuan nak kan aku yang x da kerja tetap nie,...
mak ada jugak bgtau aku disaat aku belajar lagi,,,belajar dulu mak pesan,...kalau nak kawin pun,, paling lewat pun,,,umurku 27 tahun ok la,,..boleh dikira matang sudah saat tu...hehe,,,sebab dirumah, mak sangat memahami aku,, aku nie boleh dikatakan anak yang paling nakal la...pernah mak bgtau adik beradik yang lain,,kalau xda aku dirumah,,,sunyi rumah tu,,..kira bising jgak la aku,,,kadang2 perangai kebudakanku masih ada,,hehe,,...tanpa disedar,,,berlalu sudah umur yang mak harapkan itu,,,tp aku tetap begini,.. tetap seorang diri....teringat lirik lagu dikir...
Sedihnya kurasa....
duduk sore diri....
umur sudah tua xdok teme lagi,,
puah aku cuba suruh sain cari
walau xdok rupo asal baik hati.....
Aku seperti orang lain,,ada keinginan kearah tu,,tipula kalau xda hasrat nak ada pasangan sehidup semati, ada orang jaga pakai minum, ada orang ambil peduli. seseorang yang boleh ambil tugas mak,, kesian mak,,penat sudah membesarkanku. disaat itu,,aku tidak putus berdoa, sujud meminta..moga dipermudahkan segala,dipermudahkan untuk bekerja, dipermudahkan jodohku jua. solat istiqarah minta petunjuk.alhamdllah, dipendekkan cerita, aku temuinya.....tidak ku sangka aku temui lagi dia
aku kenal mukanya, aku tahu dia denganku belajar disekolah Menengah yang sama, aku selalu jugalah jumpa dia, aku pernah tertoleh kearahnya, aku pernah terpegun caranya, mataku pernah sejuk bila memandangnya, TP aku xkenal namanya, aku x pernah tegurnya.
dalam tempoh yang terlalu singkat, tidak dapat ku lupa, dari mana datangnya keberanian tu,,aku dipelawa kerumahnya, berjumpa mak ayahnya, semalaman jgak aku terpikir, nak pergi ke xnak nie, kalau pergi apa kata orang, kalau x pergi apa kata dia,,memang xlena tido jgak la malam tu,..hehe,,Alhamdulillah.. kini perancangan hidupku dengannya,..moga dipermudahkan segala...Aaminn
Angin bertiup sampaikan rinduku,..
walaupun baru 3 bulan aku disabah,,terasa bertahun sudah disini,..lama sudah aku x pulang kg,..mcam mana keadaan disana, mak ayah betul2 sihat ke, adik beradik semua sihat ke, anak buah ku besar sudah ke dia, sebelum nie hanya suara jer yang aku dengar melalui hpone..xsabarnya nak balik kg...hehe
sambungan cerita!!!!!!
Tuesday, April 7, 2015
Friday, April 3, 2015
Thursday, April 2, 2015
Wednesday, December 31, 2014
PERINTAH BERSELAWAT KE ATAS NABI
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)
Selawat berasal dari perkataan Arab ‘solat’. Solat dari segi bahasa bererti doa, iaitu menyeru atau meminta. Apabila kita berdoa kepada Allah, bererti kita menyeru dan meminta kepada Allah. Itu juga yang dimaksudkan dengan selawat.
Apakah makna Allah berselawat ke atas Nabi? Selawat Allah ke atas Nabi bermakna pujian Allah serta Allah menyebut-nyebut nama Rasulullah di sisi malaikat-malaikat di langit tujuh. Disebut-sebut nama Rasulullah SAW di sisi para Malaikat yang paling hampir kedudukannya dengan Arasy Allah SWT.
Adapun selawat para Malaikat dan selainnya termasuk kita, adalah doa kita kepada Allah agar Allah berselawat ke atas Nabi. Apabila kita berselawat, kita sebenarnya sedang meminta kepada Allah supaya Allah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Selawat Allah ke atas Nabi asalnya sudah berlaku seperti yang disebut dalam ayat Al-Quran tadi. Tapi kita diperintahkan untuk berselawat iaitu berdoa kepada Allah agar Allah memperbanyakkan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW dan menyebut nama Baginda di sisi para malaikatNya.
" SELAWAT ADALAH DOA "
Selawat adalah satu doa. Kita berdoa kepada Allah agar Allah berselawat ke atas Nabi. Ini seperti mana lafaz yang kita ucapkan “Allahumma Salli ‘ala Muhammad (Ya Allah, selawatlah ke atas Muhammad)” atau “Sallallahu ‘ala Muhammad (Allah berselawat ke atas Muhammad)”. Kedua-duanya adalah ayat permohonan supaya Allah berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Imam Ibnu Katsir rahimahullah mentafsirkan ayat “Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi” berkata bahawa dalam ayat ini Allah mengkhabarkan tentang kedudukan Nabi Muhammad SAW yang tinggi, Allah memuji-mujinya serta disebut-sebut namanya di sisi para malaikat muqarrabin, lalu para malaikat pun berselawat kepadanya.
Seterusnya Allah memerintahkan penduduk bumi agar mengucapkan selawat dan salam kepada Nabi, agar menghimpunkan selawat penduduk langit dan selawat penduduk bumi agar selawat itu lengkap dan sempurna, dan dimuliakan Nabi Muhammad dengan semulia-mulianya.Imam Al-Qurthubi rahimahullah ketika mentafsirkan ayat ini berkata bahawa di dalam ayat ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Allah telah memuliakan Rasulullah semasa hidupnya (ayat ini turun ketika Rasulullah hidup) dan juga setelah kewafatannya.
Allah SWT hanya memerintahkan hambaNya berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, tidak ada perintah (kewajipan) selawat ke atas Nabi lain. Di situ jelas bahawa Nabi Muhammad SAW telah dikhaskan dengan satu doa, dan itu menunjukkan kedudukan Baginda SAW yang tinggi dan lebih tinggi berbanding para Nabi dan Rasul yang lain.Di antara faedah yang dapat kita ambil dari ayat ini adalah kemuliaan Rasulullah SAW serta kedudukan Baginda yang tinggi di sisi Allah, dan perintah wajib mengamalkan satu ibadah khusus iaitu berselawat ke atas Nabi di samping ibadah-ibadah lain yang disyariatkan.
Para Ulama menjelaskan bahawa interaksi antara kita dengan Nabi Muhammad setelah kewafatan Baginda adalah sekadar kita berdoa kepada Allah untuk berselawat ke atas Baginda. Maka tidak dibolehkan sama sekali kita menyeru, meminta, atau berdoa kepada Nabi SAW.Walaupun ayat ini menjelaskan kedudukan Baginda yang tinggi, tetapi tidaklah sampai kita melebihkan kedudukan Baginda dari kedudukan yang sepatutnya. Tidak sehingga kita menujukan doa dan seruan kepada Baginda. Itu adalah perbuatan yang melampau dan melebihi apa yang dituntut ke atas kita.
Kita menghormati dan memuliakan Baginda serta meletakkan Baginda pada kedudukan yang tinggi. Kita berdoa supaya Allah berselawat ke atas Baginda, tetapi tidak sampai kita meminta hajat kepada Baginda. Dalam urusan meminta hajat, kita hanya meminta dari Allah semata-mata.
Ayat ini secara tidak langsung menjelaskan penyimpangan golongan yang berinteraksi dengan Rasulullah, antaranya dengan menyeru Baginda, dan mensedekahkan Al-Fatihah kepada Baginda. Ini adalah amalan baru yang diada-adakan. Kita tidak diperintahkan untuk melakukannya bahkan para sahabat yang paling tinggi cintanya kepada Nabi pun tidak pernah melakukannya.
" UCAPAN SALAM KE ATAS NABI "
Dalam ayat yang sama, ALLAH turut memerintahkan supaya mengucapkan salam kepada Nabi SAW. Ini menunjukkan ada dua ibadah wajib dalam interaksi dengan Nabi; 1. Berselawat, 2. Mengucapkan salam.
Apa yang dimaksudkan dengan salam? Salam bererti keselamatan. Bagaimanakah Allah memberi keselamatan ke atas Nabi? Semasa hidup Baginda, Rasulullah telah dipelihara dan diberi keselamatan oleh Allah SWT seperti yang dinyatakan dalam firman Allah,
“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Jika tidak kamu lakukan maka kamu tidak menyampaikan risalahNya. Allah akan memelihara (menjaga) kamu dari manusia.” (Al-Ma-idah: 67)
Ayat ini menunjukkan jaminan ALLAH kepada Rasulullah. Allah memerintahkan Baginda supaya menyampaikan apa yang telah diturunkan. Ini adalah amanah dan tanggungjawab Baginda. Lalu Allah menjamin akan menjaga keselamatan Rasulullah daripada manusia. Ini adalah keselamatan ketika Baginda masih hidup.Adapun selepas kewafatan Baginda, keselamatan dan jagaan Allah berterusan ke atas Baginda SAW, seperti yang pernah berlaku dalam sejarah di mana ada usaha dilakukan untuk mencuri jasad Baginda di kuburnya, namun usaha itu dapat digagalkan. Sebab itu pada hari ini kita lihat di sekeliling kubur Baginda dipagar dengan dinding logam yang tebal, supaya tidak berulang kejadian seperti ini.
Ternyata Allah terus memelihara Rasulullah ketika hidup dan selepas wafatnya. Namun dalam masa yang sama kita disuruh berdoa untuk keselamatan Baginda SAW agar Baginda terus dipelihara di kubur Baginda.
" LAFAZ SELAWAT DAN SALAM "
Lafaz selawat ke atas Nabi disebutkan dalam hadis di mana seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan duduk di depan Baginda dan berkata, “Wahai Rasulullah, adapun tentang memberi salam ke atasmu telah kami ketahui, lalu bagaimana cara berselawat ke atasmu? Rasulullah bersabda:
“Ucapkanlah: Allaahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad, kama sallaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim, innaka Hamidun Majid. Wabaarik ‘ala Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad kama baarakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim innaka Hamiidun Majiid.” (Al-Bukhari & Muslim) Dalam riwayat lain, lafaz “wabaarik” diganti dengan “Allahumma baarik”.
Ini adalah lafaz selawat yang paling sempurna dan tidak ada yang lebih sempurna dari itu. Kalau kita inginkan pahala selawat yang paling sempurna, inilah yang perlu kita baca, iaitu seperti yang kita baca dalam tahiyat ketika solat. Adapun lafaz salam, juga seperti yang kita baca dalam tasyahhud, “At-Tahiyatu lillahi wassalawatu watthayyibaat. Assalaamu ‘alaika ayyuha An-Nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh” (Al-Bukhari & Muslim). Ini adalah lafaz yang diajar oleh Rasulullah. Walaubagaimana pun, Ibnu ‘Umar RA yang merupakan sahabat yang faqih, sesudah kewafatan Rasulullah dia membaca, “Assalaamu‘alan-Nabiyyi warahmatullaahi wabarakaatuh”.
Syaikh Al-Albani rh. dalam kitab Sifat Shalat Nabi menjelaskan bahawa inilah yang sepatutnya dibaca, kerana lafaz Assalaamu‘alaika (Salam ke atasmu) diucap jika Nabi bersama kita (masih hidup). Berbeza dengan Assalamu‘alan-Nabiy (Salam ke atas Nabi) diucap kerana kita tidak lagi berinteraksi secara langsung dengan Nabi setelah Baginda wafat.
Syaikh Albani mengatakan bahawa mustahil Ibnu Umar ra. mencipta sesuatu yang baru dari dirinya, kerana Ibnu Umar terkenal sebagai orang yang sangat mengikuti dan berpegang teguh sunnah Nabi SAW. Perbuatan Ibnu Umar membaca dengan lafaz ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana perintah dari Nabi SAW atau apa yang dia pelajari dari Baginda.
Maka selawat dan salam ini kita ucapkan kedua-duanya di dalam solat. Di samping itu kita disunnahkan untuk berselawat pada tempat yang disyariatkan seperti dalam solat jenazah, selepas azan, di dalam doa, di dalam majlis, apabila disebut nama Rasulullah, juga pada hari Jumaat di mana kita disuruh memperbanyakkan selawat.
Dengan itu terjelas kepada kita bahawa tidak ada istilah kirim salam kepada Nabi, dan ini termasuk bid’ah yang munkar, kerana tidak ada beza selawat dan salam dari tempat yang dekat atau jauh. Kita tidak disuruh pergi ke kubur Baginda untuk melakukan ibadah ini.
Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling utama adalah hari Jumaat, maka banyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu dihadapkan kepadaku.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami dihadapkan ke atasmu sedang engkau telah hancur menjadi tanah?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah mengharamkan atas bumi jasad-jasad para Nabi.” (Sahih, Abu Daud)
Sabda Baginda lagi, “Janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan (pusat kunjungan). Selawatlah kepadaku, sesungguhnya selawatmu sampai kepadaku di mana pun kamu berada.” (Sahih, Abu Daud)
Tuesday, December 16, 2014
Alhamdulillah
Ingat Allah..inshaaALLAH ...Allah akan ingat kita..
alhamdulillah...syukur atas nikmatNya
Saturday, February 8, 2014
Friday, January 17, 2014
Tuesday, September 24, 2013
Sunday, September 15, 2013
Ujian ALLAH
Ku yakin,..ujian Allah bg orang yang mampu harungi jer...aku pasrah apa yang tertulis untukku....bila ku renung,,,apa salahku,,apa kekuranganku,,,adakah disebabkan sedikit kesilapan aku dihukum begini....TAKDIR.
Ku pasrah dengan takdirNya...aku telah berusaha sedaya upaya, berdoa meminta sentiasa....aku bertawakkal apa jua nasib menimpa...NAMUN...
FITRAH manusia...walaupun ku cuba pasrah dan redha...tp hatiku tetap mengeluh....knapa begini?apa salahku?.....
Hatiku sedih sngat...ku cuba untuk menangis...namun...ALLAH halang air mataku sedikit pun jatuh......aku kena tabah...ALLAH uji diriku sbb Ia sayang sngat padaku , rindu sngat mendengar rintihanku....aku perlu yakin..dan perlu bangkit...aku perlu SABAR....insyALLAH ada jalanNya.

" BERSYUKURLAH APA YANG ADA ....INSYALLAH NIKMAT ALLAH BERLIPAT GANDA BAGIMU "
Wednesday, September 4, 2013
Takdir Ilahi Untukku...:-)
Alhamdllah...syukur pada Allah diatas segala nikmat yang diberikan wakaupun sedikit merasa sedih..semalam keputusan penempatanku sebagai guru j-Qaf dah dapat disemak...disaat sibuk dok buko tutup web KPM..satu saat terpaparlah satu perkataan yang diwarnai merah..disaat itu, mata cuma memfokuskan pada kawasan tu jer...SABAH.
ERmmmmmm,,sedikit kekecewaan kurasa...mengharap dapat pulang berkhidmat di tanah air tumpah darahku...namun x kesampaian..terpaksalah berjauhan dgn family lg..punah harapanku, harapan mak aku,.....mengeluh seketika.....namun ku harus kuat...harus yakin...apa yang Allah takdirkan itu...adalah sangat terbaik bagiku...pasti ada hikmahnya....ku harus yakin.
17 Septmber 2013....penempatanku bermula...doakan aku disana....semoga Allah memberkati setiap usahaku, perjalanan hidupku nanti,...aminnn

Sunday, August 11, 2013
Sunday, August 4, 2013
InsyALLAH....Ada JalanNya..
semasa di maktab keningau...banyak pengalaman yang baru aku perolehi...yang dulu ku akui...sifat pemalu susah nak dibendung...berdepan jer dgan prmpuan...mula la menggelabah..serba tak kena la boleh dikatakan....namun sekrang alhamdllah....melalui peluang yang diberi ini...bergelar guru pelatih j-QAF, aku mula dibiasakan diri dengan situasi yang tidak pernah ku buat...
Dulunya tidak pernah ku bayangkan akan menjadi ketua/penghulu dalam suatu kelompok yang besar ..tidak pernah ku bayangkan dapat ku duduk dihadapan org awam/pelajar2 memberi kuliah....menjadi imam solat... terasa begitu besar perubahan aku alami bila mula bergelar guru j-qaf nie.....
Kini ku dikampung....................................
Setelah sekian lama di sabah...menghabiskan kursus perguruan J-QAF....bertarikh 16 Jun 2013 aku terbang pulang ke kg....dari situ bermulalah kehidupan sementara yang baru bagiku sebelum ku dipostingkan untuk mengajar dan betul2 bergelar sebagai GURU..........Alhamdllah...Allah permudahkan urusanku...aku mula mengajar sebagai guru ganti di sekolah yang dekat jer dgan rumahku...erm...dah nak raya nie kan....mo0d Happy dan risau mula terasa....InsyALLAH dalam hari raya nie..bermula 14 ogos sehingga 30 ogos...aku akan tempuhi temuduga SPP.....semoga Allah permudahkan urusanku...amin ya Rabbal alamin...
Sunday, March 17, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)