Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.Keperitan dan kesusahan yang dirasai oleh ibu ketika mengandung dan membesarkan anak juga tidak dapat dibayangkan sehingga seseorang itu sendiri menjadi ibu.Oleh itu, penghormatan terhadap ibu perlu diutamakan berbanding hak kepada seorang bapa.
Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya:
Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda.
Kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Begitu pentingnya kita menghormati ibu bagi mendapat keredaan Allah.
          Islam menentang keras penganutnya menyergah atau  menyakiti ibu sendiri, sekalipun dengan perkataan ah! Apa lagi,  sekiranya seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya  sendiri.Allah berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan  akan diberi pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di  dunia atau akhirat.Rasulullah bersabda yang bermaksud: 
Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan al-Hakim).

Al-Hakim juga meriwayatkan hadis Baginda yang bermaksud : Semua  dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya,  hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa.  Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa  hidupnya sebelum mati.Dua kisah berikut cukup untuk mengingatkan  kita supaya menghormati, menyayangi dan melebihkan ibu. Ia patut  dijadikan iktibar supaya tidak sekali-kali menderhakai ibu.
l-  Kisah yang berlaku kepada ahli ibadat daripada keturunan Bani Israel  bernama Juraij.Beliau berhadapan dengan fitnah besar hanya kerana  mementingkan sembahyang sunat daripada menyahut panggilan  ibunya.Akhirnya, beliau difitnah oleh seorang pelacur yang mendakwa  mereka ada hubungan sulit hingga melahirkan anak. Mujurlah dengan  kekuasaan Allah, bayi itu boleh bercakap dan menceritakan siapakah  bapanya yang sebenar.
2- Kisah Alqamah yang  berlaku pada zaman Rasulullah juga perlu diinsafi kita supaya tidak  menjadi anak derhaka.Hanya kerana anaknya melebihkan isteri daripada  dirinya, ibu Alqamah tidak mahu memaafkan anaknya hingga tertahan ketika  sakratul maut.Rasulullah kemudian menyatakan sekiranya si ibu tidak  mahu memaafkan anaknya yang sedang nazak itu, maka anak itu akan dibakar  hidup-hidup.Membayangkan kesengsaraan anaknya yang akan dibakar  hidup-hidup, hati si ibu menjadi luluh dan cair. Seterusnya, memaafkan  dosa dan kesalahan anaknya.Akhirnya, Alqamah meninggal dunia dengan  mendapat kemaafan ibunya dan mati dalam husnu al-khatimah.
Seseorang  anak juga sewajarnya memahami tabii kehidupan manusia iaitu ibu bapa  mereka akan tiba ke peringkat usia tua, tiada kekuatan, semakin lemah,  memerlukan penjagaan dan mudah tersinggung.Kesedaran ini boleh dijadikan  garis panduan untuk menjaga dan memberi layanan lebih mesra kepada ibu  bapa seperti belaian kasih mereka kepada anak-anak ketika kecil.Islam  turut menentang keras warga tua dijadikan mangsa maki-hamun. 
Dalam  aspek ini, penghormatan tidak saja ditekankan kepada ibu bapa tetapi  mereka yang lebih muda perlu juga menghormati golongan yang lebih tua.Bukhari  dan Muslim meriwayatkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, yang  bermaksud :
Sesungguhnya sebesar-besar dosa, apabila seorang lelaki mengutuk ibu bapanya. Ramai orang berasa takjub bagaimana seorang yang cukup akalnya, beriman kepada Allah boleh mengutuk ibu bapanya, padahal merekalah yang menyempurnakan kehidupan anak.Lantas Baginda ditanya : Bagaimana seorang itu mengutuk ibu bapanya?Jawab baginda : Apabila orang itu memaki-maki ayah orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ayahnya. Kemudian dia memaki-maki ibu orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ibunya!Nabi Muhammad pernah bersabda bermaksud: Sesiapa ketika paginya mendapat keredaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya, jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.

        Ibu  bapa orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah mentaati  kedua-duanya jelas termaktub dalam al-Quran dan hadis. Buatlah apa yang  disuruh asalkan suruhan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang  mungkar.Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik orang tua dianggap  sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibu bapa dosa besar dan tidak akan  mencium bau syurga, meskipun banyak beribadat Allah.Allah tidak menerima  ibadat orang yang derhaka kepada ibu bapa. 
Dalam  satu hadis, Nabi Muhammad ada bersabda, keredaan Allah bergantung  kepada keredaan kedua-dua ibu bapa. Ini bermakna jika ibu bapa suka  kepada kita, Allah turut meredai kita. Sebaliknya, jika mereka marah dan  berkecil hati kepada kita, Allah turut memurkai kita.
Diriwayatkan,  pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah mengenai perangai  ibunya yang suka meminta-minta kepadanya.Baginda marah dan menempelak  sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta, malahan  dalam dirinya sendiri ada hak ibu bapanya.Kita sebenarnya tidak berdaya  membalas jasa ibu dan bapa.
Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat.Jika mereka masih hidup, layanlah mereka dengan sebaik mungkin.Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya.Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala itu.

      Ingatlah pesanan  Rasulullah : Khabarkan berita gembira ini kepada mereka yang berbuat  baik kepada ibu bapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah mengampuni  mereka.Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibu  bapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah  tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya.
Marilah  kita merenung sepotong ayat ayat al-Quran menerusi ayat 14 surah Luqman  :
“Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14).

     Sesungguhnya  binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya,  sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanya lalu perkara  tersebut menjadi ujian kepada anak-anak tadi yang menyebabkan mereka  terhalang daripada mencium Syurga Allah.
Ingatlah  firman Allah ini : Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya  kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa  hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah  mencapai usia tua, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya  ‘cis’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau  berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah  sayap merendahkan diri terhadap keduanya dengan belas kasihan dan  katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya  telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil.” (Al-Isra’:  23-24).
       Sebenarnya kita tidak berdaya membalas  jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi.Oleh sebab itu,  untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali  selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal  dunia.Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik  mungkin.Fahamilah hakikat bahawa, setiap kita  adalah anak dan setiap kita juga dalam masa yang sama sebagai seorang  ayah.Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada orang  tuanya, begitulah halnya dengan kemahuan kedua orang tua kita.Rebutlah  peluang menjaga dan memelihara mereka khususnya semasa mereka telah  lanjut usia.
      Janganlah biarkan hati mereka  tertutup untuk tinggal atau singgah dirumah kita disebabkan layanan yang  kurang menarik terhadap mereka.Akhir sekali kepada ibu, semoga kasih  sayang yang diberi membawa anak ke syurga, kerana syurga adalah tempat  idaman yang diidam-idamkan oleh seluruh mereka yang bergelar.
Kepada  anak pula, kasihlah ibu tanpa berbelah bagi, kerana kasih sayang  terhadap ibu itu dan sebaliknya akan membawa anda ke syurga.
 
No comments:
Post a Comment